Soalan Lazim mengenai Jawatankuasa Pengurusan MC Komuniti Strata

mc strata community

Soalan lazim Jawatankuasa Pengurusan MC berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Bolehkah ahli jawatankuasa persatuan penduduk ditukar menjadi ahli jawatankuasa pengurusan?

Tidak boleh kerana perbezaan fungsi dan perundangan.

Pandangan sekiranya ahli JMC dibayar elaun untuk menghadiri mesyuarat/seminar/urusan rasmi untuk MC.

Boleh jika diputuskan dalam AGM dengan kelulusan COB.

Terdapat AJK JMB yang meletakkan jawatan dan dimaklumkan di dalam mesyuarat tetapi tidak dimaklumkan kepada pihak COBKL. Adakah perletakan jawatan itu sah?

Sah, kerana pengosongan jawatan tidak perlu dimaklumkan kepada pihak COB.

Perlantikan AJK. Syarat aduan pemilik berdaftar dan tiada tunggakan, jika keadaan di mana ahli mesyuarat dihadiri oleh orang yang berhutang, adakah boleh di syaratkan perlantikan diteruskan dan syarat perlu di selesaikan hutang dalam tempoh dari putuskan dalam mesyuarat? Contoh: 2 bulan untuk selesaikan hutang bagi melayakkan menyandang jawatan.

Orang yang berhutang tidak dibenarkan hadir mengundi dan dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

Can a MC chairman be elected as one if he doesn’t stay in his property.
Can a foreign property investor be part of MC.

Boleh kerana peruntukan Akta 757 hanya mensyaratkan pemilik petak layak menjadi anggota jawatankuasa.

Bolehkah pemilik yang telah menjual petak beliau masih menjadi AJK dan menandatangani cek?

Tidak boleh. AJK hendaklah dipilih dari kalangan pemilik yang mempunyai hakmilik strata atau perjanjian jualbeli.

Seseorang ahli jawatankuasa boleh memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun. Adakah perkara tersebut berkuatkuasa dari tarikh Akta 757 diwartakan iaitu pada 1 Jun 2015 atau dikira dari tarikh pelantikan sebelum itu?

Tempoh memegang jawatan dikira dari tarikh berkuatkuasa Akta 757 pada 1 Jun 2015.

Sekiranya pelantikan baru jawatankuasa tidak sah atau kelayakan terbatal, apakah status jawatankuasa yang lain?

Pengosongan jawatan yg berlaku akibat kehilangan kelayakan tidak memberi kesan kepada ahli jawatan kuasa yang layak.

Segelitir pemilik terpaksa memegang jawatan Ahli Jawatankuasa melebihi tempoh 5 tahun. Masalah yang dihadapi ialah tiada orang yang berwibawa atau berkelayakan untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa tersebut. Walaupun Akta 757 menetapkan seseorang ahli jawatankuasa hanya boleh memegang jawatan tersebut tidak melebihi 3 tahun. Apalah tindakan yang boleh diambil bagi menyelesaikan permasalahan ini?

Pihak COB boleh membantu untuk memberikan kesedaran kepada pemilik petak mengenai kepentingan menganggotai jawatankuasa pengurusan melalui sesi taklimat dan perbincangan bersama pemilik petak.

Bolehkah committee member jika dia bekerja dalam JMB dalam pentadbiran mendapat gaji bulanan?

Sebagai committee member anda tidak dibayar gaji. Walau bagaimanapun, elaun boleh dipertimbangkan dengan syarat mengemukakan permohonan kepada pihak COB untuk kelulusan muktamad.

Seseorang ahli jawatankuasa boleh memegang jawatan tersebut tidak melebihi 3 tahun. Adakah perkara tersebut berkuatkuasa dari tarikh Akta 757 diwartakan iaitu pada 1 Jun 2015 atau dikira dari tarikh pelantikan sebelum itu?

Dikira Bermula Tarikh Kuatkuasa Akta Iaitu Pada 1 Jun 2015.

Bolehkah Bendahari Yang Sudah Dilantik Pada 2014-2015 Dan 2015-2016 Bekerja Sebagai Mc Lagi Pada Tahun 2017?

Jawatan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha, tempoh memegang jawatan tersebut adalah selama 2 tahun. Ianya mula dikira pada tarikh berkuatkuasanya Akta 757 iaitu pada 1 Jun 2015.


Strata Community MC Jawatankuasa Pengurusan FAQ was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page