Soalan lazim mengenai isu Akaun Penyenggaraan komuniti strata.

akaun-penyenggaraan-maintenance fund

Soalan lazim mengenai isu akaun penyenggaraan berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Sekiranya pemaju telah mengadakan AGM pertama, namun pemilik enggan menerima bajet dan laporan penyata beraudit, apakah yang perlu dilaksanakan oleh pemaju?

Pemilik perlu mohon adakan EGM untuk pengauditan semula.

Bolehkah kadar Caj berbeza dikenakan kepada unit komersial dan kediaman semasa AGM?

Boleh selagi tidak bercanggah dengan peruntukan Akta 757.

Adakah pendapatan lain (extra/other income) dikenakan cukai?

Di luar bidang kuasa pihak COB.

Bolehkah agen pengurusan menunda kerja-kerja pengauditan akaun sekiranya MC mempunyai tunggakan hutang yang banyak?

Tidak boleh. Laporan audit hendaklah dikeluarkan mengikut tahun berakhirnya akaun laporan beraudit

Apakah yang membezakan penggunaan Akaun Penyenggaraan dan Akaun Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund)?

Akaun penyenggaraan untuk kerja-kerja rutin penyenggaraan dan pengurusan. Sinking fund bagi kerja-kerja yang melibatkan modal berskala besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dan lain-lain.

Berlaku kekeliruan terhadap Akaun Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) Apakah tujuan akaun ini di wujudkan? Bila akaun ini boleh digunakan?

Akaun Sinking Fund diwujudkan bagi kegunaan kerja-kerja yang melibatkan modal besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dll. Sebaiknya boleh digunakan selepas mendapat kelulusan majoriti pemilik petak dalam mesyuarat agung.

Adakah “Sinking Fund” ditetapkan 10% daripada caj penyenggaraan?

Sinking Fund adalah sekurang-kurangnya 10% daripada caj penyenggaraan.

Sinking Fund adalah sekurang-kurangnya 10% daripada caj penyenggaraan.

Caj Penyenggaraan Boleh Disemak Semula Mengikut Anggaran Perbelanjaan Semasa namun Perlu Mendapat Kelulusan AGM/EGM

Sekiranya pemaju telah memindahkan liabiliti kepada JMB/MC, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memindahkan semula liabilti kepada pemaju?

Liabiliti sebelum penubuhan JMB hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Namun sekiranya telah berlaku pemindahan liabiliti berkenaan, perkara ini boleh dirujuk kepada Tribunal Pengurusan Strata.


Bonus

Di sini terdapat satu soalan lazim bonus mengenai isu akaun penyenggaraan yang penting dan kerap dibangkitkan.

Sekiranya JMB ditubuhkan pada 1 Jun 2016, ini berkmaksud pihak JMB perlu mengutip caj selepas 1 Jun 2016 dan pihak pemaju masih bertanggungjawab mengutip tunggakan caj sebelum 1 Jun 2016. Adakah pemaju perlu serahkan jumlah kutipan tunggakan caj tersebut kepada JMB?

Ya. Pemaju perlu serahkan kepada JMB.


Strata Community FAQ Maintenance Fund Account was prepared by:-

PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page