Soalan lazim mengenai isu pengurusan komuniti strata.

pengurusan

Soalan lazim isu pengurusan berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Jika anak menyertai committee member
bolehkah dia melantik ahli keluarga untk menjadi building manager atau bekerja sebagai JMB/MC?

Tiada halangan jika dipersetujui dalam AGM. Namun tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Boleh pengurus menjadi MC juga jika dia pemilik unit? Ini memberi kesan kepada pengundian. Jika anaknya juga mempunyai unit, bolehkah dia menjadi MC? Ini boleh membawa undinya sebagai memihak kepada pengurus adalah ibu.

Boleh, tertakluk kepada keputusan AGM.

Bolehkah MC menyewa tempat letak kereta
untuk orang luar dan menggunakan komisen yang diterima untuk menyelenggara bangunan.

Boleh, tertakluk kepada keputusan AGM.

Pemaju tidak bertanggungjawab berhubung kepada beberapa perkara seperti :
i) Tidak mahu menghadiri seminar.
ii) Enggan menguruskan hakmilik strata.
iii) Menuntut 11 petak parkir kereta.
Apakah tindakan yang boleh di kenakan kepada pemaju tersebut?

Sila rujuk PTG dan Perjanjian Jualbeli.

Bolehkah pihak pengurusan didenda atas kegagalan pengasingan sampah? Bolehkah pihak pengurusan membahagikan denda tersebut dengan semua unit yang ada dalam bangunan?

Sememangnya dibawah perundangan yang berkuatkuasa di Kuala Lumpur, kegagalan pengasingan sampah di skim strata akan ditanggung oleh JMB/MC. Pembahagian denda tersebut hendaklah secara caruman khas terhadap pemilik-pemilik petak dan perlu diusulkan di dalam mesyuarat agung.

JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Parkir pelawat tidak boleh disewakan melainkan pemaju mempunyai lebihan parkir tersebut. JMB perlu mendapatkan kelulusan pemilik di dalam AGM/EGM untuk menyewakan petak parkir tersebut.

Bolehkah pemilik menjadi staf JMB? Adakah wujud ‘conflict of interest?

Boleh jika diputuskan dalam AGM.

Terdapat pemilik yang parkir kereta di tempat yang sama seolah-olah parkir tersebut milik beliau. Apakah tindakan yang boleh diambil?

Sekiranya petak parking adalah harta bersama adalah tidak menjadi kesalahan. Namun menjadi kesalahan sekiranya pemilik kenderaan meletakkan halangan atau penanda atas petak parkir tersebut.

JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Parkir pelawat tidak boleh disewakan kecuali ada lebihan parkir. Namun perlu mendapat persetujuan di dalam AGM/EGM sebelum penyewaan dilaksanakan.

Kenderaan (Kereta/Motor) yang usang tersadai di parkir lot. Telah maklumkan perkara tersebut kepada pemilik namun tidak diendahkan. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak MC?

Sila rujuk SOP penundaan kereta buruk yang tersadai pada pautan Pesuruhjaya Bangunan di laman web DBKL.


Strata Community FAQ Management Pengurusan was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page