Soalan Lazim Mesyuarat Agung AGM Komuniti Strata.

agm-komuniti-strata

Soalan soalan lazim AGM berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Adakah ‘defaulter’ boleh menghadiri mesyuarat agung?

Boleh tetapi tidak boleh mengundi.

Notis AGM perlu dihantar dalam tempoh 14 hari, boleh atau tidak sekiranya JMC/MC menghantar notis pada hari terakhir sebelum 14 hari menyebabkan pemilik menerima notis?

Boleh dengan pembuktian pos berdaftar atau serahan tangan.

Semasa mesyuarat agung pertama, bolehkan pengundian dibuat menggunakan pengundian bertulis sekiranya terdapat permintaan daripada pemilik untuk berbuat demikian?

Boleh.

Setelah pihak pemaju menyerahkan projek bagi fasa 2, adakah pemilik di fasa 1 perlu adakan AGM atau AGM boleh diadakan seperti biasa pada tahun akan datang?

AGM tidak perlu dibuat sekiranya Fasa 1 dan Fasa 2, dalam 1 lot. AGM boleh diadakan seperti biasa dengan melibatkan pemilik Fasa 1 dan Fasa 2.

Adakah Sub-MC boleh hadir ke mesyuarat agung?

Boleh hadir.

Berhubung kegagalan pengurusan sebuah apartment di satu tempat tidak mengadakan mesyuarat agung selama hampir 5 tahun.

Semakan dan siasatan akan dibuat dan pihak COB akan mengarahkan pihak JMB/MC berkenaan untuk mengadakan mesyuarat agung dalam masa yang terdekat.

Adakah mesyuarat agung yang diadakan setiap tahun perlu mengikut tarikh penubuhan JMB/MC atau tarikh AGM yang telah diadakan pada tahun sebelumnya?

Ya.

MC telah ditubuhkan oleh pemaju, tetapi setiap kali mesyuarat agung diadakan, penduduk boikot/protes dan tiada ahli petak yang mahu menjadi Ahli Majlis (Committee Member) sehingga sekarang.
Pihak pengurusan kini diuruskan oleh syarikat/pemaju. Bagaimana menyelesaikan masalah seperti ini?

Aduan perlu dibuat kepada COB dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat agung. COB boleh memutuskan untuk penetapan tarikh baru EGM atau pelantikan Ejen.

Pada jumlah undi yang dimiliki oleh pemilik yang memiliki lebih dari satu petak, adakah keseluruhan petak dikira satu undi atau mengikut jumlah petak?

Sekiranya pengundian dibuat secara angkat tangan, satu petak mewakili satu undi. Sekiranya pengundian dibuat secara bertulis (by poll), bilangan undi dikira bersamaan bilangan unit syer suatu petak.

Strata Community Mesyuarat Agung FAQ was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page