Soalan Lazim mengenai isu perundangan komuniti strata.

perundangan-legislation

Soalan soalan lazim isu perundangan berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Boleh atau tidak pemilik petak membuat keputusan dalam mesyuarat AGM yang mana keputusan tersebut melangkaui peruntukan akta?

Tidak boleh jika keputusan tersebut melanggar peruntukan Akta. Sekiranya tidak diperjelaskan di dalam Akta, perlu mendapat pandangan COB dan KPKT.

Bagaimana sekiranya hartanah yang dibeli tidak mempunyai JMB/MC, adakah wajib pemilik hartanah mewujudkannya?

Ya, wajib.

Bolehkah pihak MC menyaman pemilik yang melakukan vandalism?

Ya, jika terdapat dalam dalam perundangan iaitu Undang-Undang Kecil.

Bolehkah pemilik unit menjadikan unitnya menjadikan sebagai “Homestay”? Apakah syarat-syarat sekiranya boleh?

Boleh dengan syarat telah mendapat kelulusan majoriti pemilik di dalam mesyuarat agung dan telah dimasukkan ke dalam UndangUndang Kecil di kawasan pemajuan tersebut.

JMB telah mengeluarkan tiga (3) notis kepada pemilik yang memelihara ayam yang mengganggu kententeraman awam, namun tiada tindakan dari pemilik tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil?

JMB hendaklah mengambil tindakan mengikut peruntukan Akta 757 dan Undang-undang Kecil seperti yang telah dipersetujui pemilik dalam AGM dan EGM.

Adakah menjadi kewajipan untuk pemaju menyediakan jalan masuk dan pejabat pengurusan bagi sesebuah pemajuan?

Ya, pemaju bertanggungjawab menyediakan semua kemudahan untuk kegunaan bersama pemilik bangunan sebagaimana yang telah disyaratkan di dalam kebenaran merancang.

Akta 757 Pengurusan 2015. Perlukah ada elemen-elemen berikut di tambah?
Akta bekalan elektrik 1980 pembekal dan peralatan elektrik, Akta JJKP (DOSH) – tentang lift dan Akta BOMBA kerana komponen ini yang ada dalam bangunan.

Tidak perlu kerana Akta tersebut mempunyai pihak berkuasa yang mengawal perundangan Akta-akta tersebut.

Bolehkah pihak MC menyaman pemilik yang melakukaan vandalisme?

Tidak boleh. Tindakan MC hendaklah mengikut peruntukan Akta 757 dengan mengeluarkan notis peringatan.

Pihak JMB telah memohon untuk mengecualikan pendaftaran JMB. COBKL telah menjawab dan menyatakan hanya Menteri mempunyai kuasa dibawah akta 757 sek. 151.

Hanya Menteri yang mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian penubuhan MC/JMB di mana permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Menteri terlibat.

Bolehkah pihak pengurusan menyerahkan nama pemilik yang mempunyai tunggakan caj ke CTOS untuk disenarai hitam?

Tidak boleh. Tindakan MC hendaklah mengikut peruntukan Akta 757 dengan mengeluarkan notis peringatan.


Bonus

Di sini terdapat beberapa soalan lazim bonus mengenai isu perundangan yang penting dan kerap dibangkitkan.

Adakah binatang peliharaan dibenarkan di bangunan berstrata? Sekiranya berlaku pencemaran, apakah tindakan yang boleh diambil?

Dibenarkan jika jenis-jenis haiwan peliharaan tersebut terdapat di dalam undang-undang kecil yang telah diluluskan. Sekiranya berlaku pencemaran, pihak JMB atau MC perlu mengambil tindakan berdasarkan syarat-syarat di dalam undang-undang kecil di kawasan pemajuan tersebut.

Jika kawasan pemajuan yang memiliki 3 blok (1 strata title) tidak mencapai persetujuan untuk membentuk MC, bolehkah untuk tubuh SUB-MC bagi setiap blok terbabit?

Tidak boleh kerana prasyarat penubuhan sub-MC adalah penubuhan MC itu sendiri.

JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Parkir pelawat tidak boleh disewakan melainkan pemaju mempunyai lebihan parkir tersebut. JMB perlu mendapatkan kelulusan pemilik di dalam AGM/EGM untuk menyewakan petak parkir tersebut.

MC mengajikan pekerja sendiri (building manager, technician dan account officer). Perlu Bon?

Tidak perlu Bon.

Perlukah building manager tidak berdaftar bawah MIPPM meletakkan bond RM50,000? Jika Ya, kenapa?

Ejen tidak berdaftar dengan BOVEA perlu meletakkan Bon kerana ianya termaktub dalam Akta 757.

Can MC ask all owners to pay for the project eg: CCTV, boom gate, alarm etc…. even if some owners disagree with it?

Boleh sekiranya mendapat persetujuan majoriti pemilik petak melalui mesyuarat AGM/EGM.

Pihak pengurusan telah membuat House Of Rules tetapi tidak mendapat sambutan berkaitan dengan urusan pembayaran caj untuk penyelenggaran. Apakah tindakan jika pemilik enggan mengikut tindakan seperti yang ditetapkan dalam House Of Rules bagi masalah dalam pembayaran wang penyelenggaraan?

Adalah tanggungjawab pemilik petak untuk menjelaskan Caj penyenggaraan mengikut waktunya. Kegagalan pemilik petak menjelaskan caj penyenggeraan boleh dikelaskan sebagai pemungkir dan tindakan boleh diambil sebagaimana yang diperuntukan di dalam Akta dan Peraturan.

Bolehkah pihak pengurusan mengambil tindakan terhadap pemilik yang menjadikan
petak mereka sebagai asrama yang didiami
lebih 14 orang?

Pihak MC boleh membuat penambahbaikan terhadap undang-undang kecil untuk mengawal bilangan penghuni dalam sesuatu unit/petak dan boleh mengenakan denda melalui AGM/EGM. Sekiranya tidak berkesan pihak MC/JMB boleh membuat Aduan kepada JKAS untuk tindakan selanjutnya.


Strata Community FAQ Perundangan was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page