FAQ Proksi, Sub-MC dan lain-lain soalan lazim

Soalan lazim mengenai isu proksi, sub-MC komuniti strata.

proksi

Bolehkah seorang penyewa unit pangsapuri yang menjadi proksi kepada pemilik unit hadir ke mesyuarat dan dipilih sebagai AJK?

Boleh hadir dan mengundi, tetapi tidak boleh dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

Semasa AGM pertama, bolehkan pengundian dibuat menggunakan pengundian bertulis sekiranya terdapat permintaan daripada pemilik untuk berbuat demikian?

Boleh.


sub-mc

Adakah Sub-MC tersebut merupakan pilihan terbaik untuk menguruskan pembangunan bercampur? Adakah terdapat cara yang lebih baik, kerana untuk mendapatkan keputusan daripada pemilik adalah sukar?

Sekiranya sesuatu skim memilih Sub-MC, ianya memudahkan pihak pengurusan untuk mengawal kawasan harta bersama eksklusif yang hanya boleh dinikmati oleh sesetengah pemilik.
Selain daripada penubuhan sub-MC, pihak MC boleh mengenakan caj penyenggaraan berdasarkan unit syer bagi kawasan pemajuan pembangunan mengikut kegunaan bangunan masing-masing.

Perlantikan AJK. Syarat adalah pemilik berdaftar dan tiada tunggakan, jika keadaan di mana ahli mesyuarat dihadiri oleh orang yang berhutang, adakah boleh
di syaratkan perlantikan diteruskan dan syarat perlu di selesaikan hutang dalam tempoh dari putuskan dalam mesyuarat Contoh: 2 bulan untuk selesaikan hutang bagi melayakkan menyandang jawatan.

Orang yang berhutang tidak dibenarkan hadir mengundi dan dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.


lain-lain

Jalan di hadapan Condo kami banyak yang berlubang. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut? Terdapat juga bangunan lain dan gerai makanan (food court) berdekatan.

Pihak JMB bertanggungjawab untuk penyenggaraan jalan di dalam kawasan JMB sahaja. Sekiranya jalan tersebut diluar kawasan, pihak JMB boleh mengadu kepada pihak PBT untuk aduan membaiki jalan tersebut.

“Fogging issue” Adakah ia diuruskan oleh pihak JMB / MC atau Majlis Perbandaran?

Kawalan makhluk perosak / serangga dalam kawasan JMB / MC adalah tanggungjawab JMB / MC.


Strata Community FAQ Proksi, Sub-MC was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page