Strata Community FAQ covers several categories. Soalan Lazim Komuniti Strata merangkumi beberapa kategori.

FAQ Strata Community ini termasuk Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pengurusan, Akaun Penyenggaran, Tunggakan, Teknikal, Perundangan, Pengurusan, Proksi, Sub-MC dan lain-lain.


strata community agm

Mesyuarat Agung AGM

Notis AGM perlu dihantar dalam tempoh 14 hari, boleh atau tidak sekiranya JMC/MC menghantar notis pada hari terakhir sebelum 14 hari menyebabkan pemilik menerima notis?

Jawapannya

Boleh dengan pembuktian pos berdaftar atau serahan tangan.


mc strata community

Jawantankuasa Pengurusan MC Management Committee

Can a MC chairman be elected as one if he doesn’t stay in his property.
Can a foreign property investor be part of MC.

Jawapannya

Boleh kerana peruntukan Akta 757 hanya mensyaratkan pemilik petak layak menjadi anggota jawatankuasa.

maintenance fund

Akaun Penyenggaran Maintenance Fund Account

Apakah yang membezakan penggunaan Akaun Penyenggaraan dan Akaun Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund)?.

Jawapannya

Akaun penyenggaraan untuk kerja-kerja rutin penyenggaraan dan pengurusan. Sinking fund bagi kerja-kerja yang melibatkan modal berskala besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dll.

tunggakan

Tunggakan

Bolehkan pihak pengurusan memaparkan notis nama dan jumlah penghutang di papan kenyataan?

Jawapannya

Boleh, di papan kenyataan utama.

teknikal

Teknikal

Adakah pihak pengurusan boleh mengarahkan pemilik petak merobohkan petak kereta berbumbung yang dibina secara haram?

Jawapannya

Boleh selagi ianya berada di dalam kawasan harta bersama..

legislation

Perundangan

Perlukah building manager tidak berdaftar bawah MIPPM meletakkan bond RM50 ribu? Jika Ya, kenapa?

Jawapannya

Ejen tidak berdaftar dengan BOVEA perlu meletakkan Bon kerana ianya termaktub dalam Akta 757.

pengurusan

Pengurusan

JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Jawapannya

Parkir pelawat tidak boleh disewakan melainkan pemaju mempunyai lebihan parkir tersebut. JMB perlu mendapatkan kelulusan pemilik di dalam AGM/EGM untuk menyewakan petak parkir tersebut.

proksi

Proksi

Bolehkah seorang penyewa unit pangsapuri yang menjadi proksi kepada pemilik unit hadir ke mesyuarat dan dipilih sebagai AJK?

Jawapannya

Boleh hadir dan mengundi, tetapi tidak boleh dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

sub committee

Sub-MC

Perlantikan AJK. Syarat adalah pemilik berdaftar dan tiada tunggakan, jika keadaan di mana ahli mesyuarat dihadiri oleh orang yang berhutang, adakah boleh di syaratkan perlantikan diteruskan dan syarat perlu di selesaikan hutang dalam tempoh dari putuskan dalam mesyuarat? Contoh: 2 bulan untuk selesaikan hutang bagi melayakkan menyandang jawatan?

Jawapannya

Orang yang berhutang tidak dibenarkan hadir mengundi dan dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

lain-lain

Lain-lain

Jalan di hadapan Connaught Avenue banyak yang berlubang. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut? Terdapat bangunan Econsave dan gerai makanan (food court) berdekatan?

Jawapannya

Pihak JMB bertanggungjawab untuk penyenggaraan jalan di dalam kawasan JMB sahaja. Sekiranya jalan tersebut diluar kawasan, pihak JMB boleh mengadu kepada pihak PBT untuk aduan membaiki jalan tersebut.

Strata Community FAQ was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page