Soalan Lazim mengenai masalah Teknikal komuniti strata.

teknikal

Soalan soalan lazim masalah teknikal berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Pemaju tidak menyerahkan as built drawing semasa penyerahan kepada MC. Pemaju telah digulungkan. Pihak JUPEM, DBKL dan PTG maklumkan as built drawing tiada dalam simpanan. Bagaimana cara untuk mendapatkan perkara tersebut?

Dicadangkan melantik Juruukur untuk mengukur semula dan kos di tanggung oleh pemilik.

Dalam kes-kes kebocoran antara floor atau tandas yang “water proofing’ rosak, siapakah yang bertanggungjawab untuk menanggung kos dan bagaimana menyelesaikan masalah bila pemilik di aras atas enggan bertanggungjawab?

Pembaikan kebocoran unit adalah tanggungjawab pemilik petak. Prosedur pembaikan adalah seperti berikut. Buat aduan terus kepada pihak pengurusan. Sekiranya tiada tindakan, buat aduan kepada pihak COB.

Adakah ahli jawatankuasa mempunyai hak untuk masuk ke unit yang menjadi punca masalah kebocoran di unit tersebut?

Boleh, dengan syarat notis telah dikemukakan kepada pemilik unit yang berkenaan.

Apakah pihak pengurusan boleh mengarahkan pemilik petak merobohkan petak kereta berbumbung yang dibina secara haram?

Boleh selagi ianya berada di dalam kawasan harta bersama.

Bolehkah pemilik petak ‘cover; balkoni terbuka dengan meletakkan ‘awning’ atau ‘nooling’? Jika boleh, di manakah pemilik perlu mendapatkan kelulusan?

Tidak boleh. Pemilik perlu berhubung dengan Jabatan Teknikal, DBKL untuk mendapatkan pengubahsuaian dan masih tertakluk kepada keputusan pihak
MC/JMB.

Apakah tanggungjawab JMB/MC serta pemilik petak sekiranya terdapat ubahsuai atau tambahan pada sesuatu petak individu, petak aksesori serta pada harta bersama seperti ruang legar dan kaki lima?

Pihak JMB/MC hendaklah mengekalkan keadaan asal struktur bangunan. Sekiranya terdapat pengubahsuaian yang mengubah struktur bangunan, adalah menjadi tanggungjawab pihak JMB/MC untuk mengambil tindakan.

Our building is 8 years old. Now we detected there is structural cracks on the car park pillars. MC wrote letter to developer but no respond from them.
a) Can the MC write to complaint this matter to COB. If yes to whom shall we attention to.
b) What action can COB take?

Pihak MC perlu menyemak tempoh DLP sekiranya telah tamat maka pihak MC boleh melantik professional berkaitan bagi mengesahkan kegagalan struktur
bangunan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Berlaku keretakan pada dinding luar
menyebabkan air masuk ke bahagian dinding dalam. Siapakah bertanggungjawab sekiranya tempoh ‘’Defect Liability Period” telah tamat?

Pihak Pengurusan.

Strata Community FAQ Teknikal was prepared by:-

SEKTOR PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page