FAQ mengenai isu tunggakan wang penyenggaraan dan pelbagai caj.

tunggakan

Soalan lazim mengenai isu tunggakan atau outstanding fees berikut disediakan oleh COBKL, JPPH dan DBKL.


Bolehkan pihak pengurusan memaparkan notis nama dan jumlah penghutang di papan kenyataan?

Boleh, di papan kenyataan utama.

Sekiranya pihak JMB/MC telah deactivate akses kad pemilik dan tidak membayar caj sedangkan kemudahan-kemudan di lobi perlu menggunakan akses kad untuk memasuki dan menaiki tangga. Adakah perkara ini di klasifikasikan sebagai menghalang pemilik ke petak beliau?

Tidak menghalang kerana ianya diperuntukkan dibawah undang-undang.

Terdapat 2 unit rumah yang telah tertunggak selama 5 tahun membayar wang penyenggaraan, hal ini berlaku kerana pemilik tidak dapat dikenal pasti. Apakah tindakan yang boleh diambil?

Semak rekod pemilikan dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan untuk pengeluaran notis tunggakan kepada pemilik tersebut.

Bolehkah pemotongan bekalan air dilakukan sekiranya tiada pembayaran yuran penyenggaraan dijelaskan oleh pemilik petak?

Tidak boleh.

Pemaju mempunyai caj tertunggak bagi petak-petak mereka. Bolehkah pihak JMB mengutip tunggakan tersebut daripada pemilik baru? (Setelah dijual)

Pihak JMB boleh mengutip caj yang tertunggak daripada pemilik baru.

Bolehkah pihak pengurusan menyerahkan nama pemilik yang mempunyai tunggakan caj ke CTOS untuk disenarai hitam?

Tidak boleh. Tindakan MC hendaklah mengikut peruntukan Akta 757 dengan mengeluarkan notis peringatan.

Bagaimana kita menuntut tunggakan daripada pemilik lot yang telah diisytiharkan muflis dan tiada liquidators’ mengambil alih premisnya?

Perkara ini diluar bidang kuasa COB. Perkara ini perlu dirujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia.

JMB/MC ada kuasa untuk memutuskan utiliti (bekalan air/elektrik) jika pemilik petak tidak bayar caj penyelenggaraan?

JMB/MC tidak diperuntukkan kuasa untuk memutuskan bekalan air/elektrik.

Bolehkah pihak COB membantu atau facilitate pihak JMB/MC yang mempunyai masalah tunggakan air, elektrik dan cukai tanah dari Syabas, TNB dan PTG?

Pihak COB boleh membantu pihak JMB/ MC untuk menyelaraskan perbincangan bersama agensi terlibat bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Apakah tindakan pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB), jika pihak pengurusan gagal membayar tunggakan bil elektrik? Sedangkan terdapat pihak yang terlibat merupakan unit yang membayar bil-bil penyelenggaraan bulanan? Situasi ini berlaku menyebabkan koridor bergelap dan membahayakan persekitaran.

Pihak MC boleh mendapatkanbantuan daripada COB bagi menyelaraskan penjelasan tunggakan bil elektrik. Namun begitu, kos tunggakan ini hendaklah
menjadi tanggungjawab MC.


Bonus

Di sini terdapat beberapa soalan lazim bonus mengenai isu wang penyenggaraan tertunggak yang penting dan kerap dibangkitkan.

Unit pembeli petak yang enggan membuat bayaran Caruman & Caj penyelenggaraan, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak JMB/MC?

Adalah tanggungjawab pemilik petak untuk menjelaskan Caj penyenggaraan mengikut waktunya. Kegagalan pemilik petak menjelaskan caj penyenggaraan boleh dikelaskan sebagai pmungkir dan tindakan boleh diambil sebagaimana yang diperuntukan di dalam Akta dan Peraturan.

Bagaimanakah cara pihak JMB /MC ingin menuntut tunggakan daripada pemilik lot yang telah meninggal dunia? Permis beliau tidak berpenghuni untuk masa yang lama (Permis adalah daftar di bawah nama beliau dan bukan bank kewangan).

Semakan nama pemilik perlu dibuat kepada mana-mana pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat untuk tujuan pengeluaran notis (PTG, Cukai Taksiran dan lain-lain).

Pemaju mempunyai tunggakan caj bagi petak-petak mereka. Bolehkan pihak JMB mengutip tunggakan tersebut daripada pemilik baru? (Setelah dijual).

Boleh.

Bagaimanakah untuk membuat kutipan sekiranya rumah tidak berpenghuni begitu lama dan lokasi pemilik tidak diketahui. Segala surat menyurat telah dikembalikan kepada pengurusan semula?

Semakan pemilik baru perlu dibuatkepada mana-mana pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat untuk tujuan pengeluaran notis (PTG, Cukai Taksiran dan lain-lain).


Strata Community FAQ Outstanding Fees was prepared by:-

PESURUHJAYA BANGUNAN KUALA LUMPUR (COBKL)
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Learn More at ASIACAP FB Page